ᵁᴺᵀᵁᴷ yᴬᴺᴳ ᵀᴲᴚsᴬyᴬᴺᴳ ᴥ

Assalamualaikum...

Ya allah , kau kuatkan lah hati ibu bapa ku dalam mencari rezeki ya allah .. jangan lah kau lemah kan semangat mereka.. kesian ayah terpaksa buat 2 kerja dalam 1 hari untuk menampung kami .. Tapi aku berjanji yang lepas ni mak dan ayah tak perlu kerja lagi , akak boleh kerja untuk bantu mak , ayah dan adik-adik.. Hmmm tabahkan lah ibu bapa ku ya allah.. luaskan lah rezeki kami sekeluarga ...



ᴥ my family ᴥ

ᴥsebahagian keluarga mak , ni baru sikit je ,hihiᴥ

ᴥreupload jeᴥ

Saya sayangkamu semuaaaa <3

Rahsia Tahi Lalat (◕‿◕✿)


Tahi lalat korang kat mana ? (◡‿◡✿)

1. Tahi Lalat di kepala
  • Banyak fakir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.

2. Tahi lalat di ubun kepala
  • Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
  • Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
  • Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
  • Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
  • Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
  • Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
  • Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
  • Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
  • Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
  • Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
  • Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
  • Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
  • Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
  • Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
  • Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
  • Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
  • Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
  • Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
  • Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
22. Tahi lalat di Kemaluan
  • Tahi lalat di kemaluan Wanita :
Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.
Antara masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang kemaluan.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan bahagia melayari bahtera cinta.
  • Tahi lalat di kemaluan Lelaki
Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.
Sekiranya jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan kemungkinan mendapat penyakit kelamin.
23. Tahi lalat di betis
  • Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
24. Tahi lalat di kaki
  • Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
25. Tahi lalat di tangan kiri
  • Dipermudah rezekinya.
26. Tahi lalat di tangan kanan
  • Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
27. Tahi lalat di pinggang
  • Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
  • Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
  • Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru. 

jαtuh cintαᴥ

ASSALAMUALAIKUM..

Yα αllαh , semenjαk αku kenαl die , αku jαtuh cintα pαdαnyα.. Wαlαupun belum betul-betul mengenαlinyα, tαpi, αku yαkin die boleh menjαdi imαmku suαtu hαri nαnti..  Hαri-hαri αku berhαrαp die αkαn fαhαm perαsααn αku pαdαnyα.. Semenjαk αku kenαl die, αku αsyik memikirkan die. Bukαn sebαb bαkαl kerjαyαnyα, tαpi entαhlαh..sukαr untuk mendugα hαti ini..Wαlαupun die tαk lαyαn αku , tαpi αku hαrαp, die lαh tuαn punyα tulαng rusukku..αku hαnyα mαmpu berdoa, tαpi hαnyα tuhαn yαng menentukαn. αminnn..

*hensem tαk cikgu FαKHRULRαDZI ni ;)





#mααf eα curi gαmbαr :p

SyØknyĕ Jɑlɑn-Jɑlɑn ᴥ 27/10/2012

Assalamualaikum semua , jawab jangan tak jawab :)

Hari ni happy sangat sebab dapat keluar dengan sayangku AZIAH dan dapat jumpa ucukku FIQAH..
Ar memang bestlah pergi tengok wayang , karoke , shopping .. ngeee ~
Lepas ni tak tahu bile lagi dapat jalan² macam ni lagik ;)







*boleh tahan snogurt nieh .


ILY.

*eh ta lupa tengs kepada saudara ZAKARIA SAM sebab sudi bawak anak dara ni keluar ye ;)






Senaman Hilangkan Tekanan ~



Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...

kawan kawan yang kite sayang ♥



لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Apa khabar semua ? Hope semua sihat² saje :D. Hari ni nak update pasal ' KAWAN KWAN YANG KITE SAYANG ' . Nak tahu siapa ? Jom baca .


First , orang yang selalu ada dengan aku , Nur Aziah .. tapi die nak pergi belajar dah tempat lain . Sedih :'( die je kawan aku yang ade sekarang . Kalau nak g mane2 die ade , sekarang aku sorang-sorang :'(. 



*sayang kau tau*

Second , kawan yang aku kenal lama dah dekat BOTS , tapi alhamdulillah die pun sangat baik . Nama dia Nur Syaheeda Rahman .


*iloveyoumunyettt*

Yang third ni pun budak BOTS , hee lagi kepala gila gila ni . Nama dia Nur Izzati Zulbahrin.



*bukan ahmoy ar*

Sebenarnya ada lagi kawan kawan yang aku sayang , tapi tak sempat la nak masukkan semua . Hee maafkan aku . :D 

Yang kat bawah ni khas untuk kawan kawan aku , untuk korang semua yang kenal aku :'), bace ye .


         Amin...



Sekian☂








Jika Aku Jatuh Cinta ♥


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu
Assalammualaikum .. lama rasanya tak update blog ni .. harhar.. biaselah orang sibuk kan .. tapi dalam kesibukan ni terdapat juga kesedihan dan kerinduan .. Aku rindukan seseorang yang paling aku sayang , iaitu arwah nenek aku ...

Hmm ... dulu nenek ade diela tempat aku bermanje , (konon) .. huhu tapi sekarang nenek dah takde.. teringat lagi time kecik dulu  nenek selalu belai aku .. sampai aku tido dengan nenek je setiap kali balik kampung , arr rindunyeeee .. kalau ayah marah aku ,nenek pujuk ,.. Dulu nenek pun selalu bawa aku beli sarapan jalan kaki je tapi best.. Nenek miskin , nenek takde kemewahan duit tapi nenek ade kemewahan KASIH SAYANG ..

Time raya mesti aku nak balik uma nenek dulu .. lepas tu bila da sampai aku akan lari dari bawah untuk pergi rumah nenek jumpa nenek , bila nenek takde dalam rumah , sibukla aku cari..huhu..

Tiap kali aku bangun tido nenek la yang aku cari bukannye mak ayah , huhukkk .. time raya nenek nak bagi duit raya aku tak pernah ambil sebab aku tahu nenek tak ada duit . mak pun tak bagi ambil .. kesian nenek  .bila nenek dah x sihat nenek terlantar sakit je . dah takde lg yang temankan aku , bawak aku g jalan2 , gurau gan aku . sakit nenek tu bt mata nenek kabur ,.. nenek dah xnampak sangat ..

Sampaila bila waktu memanggil nenek .. sayu je hati aku ..masa cium dahi nenek buat kali terakhir rasa sejuk je... nenek kite sayanggggggggg nenek taw . Nenek nO 1 bagi kite :)

Hmm sampai sini jela luahan untuk arwah nenek yang tak pernah ada orang tahu..  semoga nenek tenang disana .. ALFATIHAH .ᴥ ▓